Gerbang Ilmu Perniagaan Forex Anda

Cara belajar forex trading untuk pemula

 Belajar forex untuk pemula kaskus 



Walaupun setiap strategi atau teknik forex mempunyai garis-garis panduannya tersendiri,namun perlu untuk anda mengambil perhatian bahawa kesemua strategi ini bergantung juga pada penyesuaian individu tersebut - fleksibiliti adalah salah satu kunci utama didalam ramuan untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya.Fleksibiliti amat diperlukan untuk peniaga bagi menyesuaikan strategi mereka gunakan untuk keadaan-keadaan pasaran yang berbeza dan berubah-ubah,dan juga untuk menyesuaikan strategi mereka untuk sesuai dengan gaya perdagangan mereka sendiri.

Oleh itu,janganlah anda merasa ragu-ragu untuk tweak atau mengubah suai mana-mana bahagian dalam strategi trading anda untuk sesuaikan dengan kehendak anda sendiri.Selama bertahun berdagang/trading didalam pasaran forex ini,saya mendapati bahawa kejayaan yang konsisten datangnya dari falsafah dagangan saya belajar dahulu iaitu 3 M:
  • Mind
  • Money
  • Method

Belajar forex untuk pemula pdf disini


Terdapat banyak cara yang berbeza didalam perdagangan forex ini,seperti spot forex, futures,option atau spread betting.Bagaimanapun,dalam pos ini saya akan memberi kantumpuan kepada perdagangan spot forex.Perbezaan yang paling ketara di antara spot forex dan forex future adalah spot forex didagangkan secara kontrak dikaunter-kaunter tanpa lokasi pusat, manakala niaga hadapan atau future pula adalah dagangan antara pertukaran mata wang asing.

Pasaran forex menjanjikan keuntungan cepat dan besar,tetapi risikonya juga pun besar. Dianggarkan bahawa lebih 90% daripada trader-trader forex baru yang trade pada peringkat permulaan akan kehilangan modal mereka,so ianya memang satu perniagaan yang berisiko tinggi.Berita baiknya pula sebahagian besar trader yang mengalami kerugian ini boleh mengelak dimasa hadapan dengan mengambil masa untuk medalami dan menpelajari bagaimana untuk berdagang didalam pasaran forex dan dengan mengunakan kaedah money management yang betul.


Forex (atau FX) merujuk kepada foreign exchange market,di mana mata wang didagangkan.Ianya merupakan pasaran kewangan yang paling terbesar dan paling pesat berkembang di dunia,dengan purata urusan niaga harian hampir $ 2 trillion sehari yang kebanyakannya adalah jumlah trade di bursa saham US.

Kesimpulan
  • Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu
  • Pasaran Forex akan dibuka hari Isnin setiap minggu seawal jam 5 pagi waktu malaysia dan tutup pada hari sabtu jam 6 pagi waktu malaysia.
  • Pasaran Forex akan di tutup setiap hari Sabtu dan Ahad.
  • Walaupun sesetengah negara membuat cuti umum, pasaran Forex tetap diniagakan di seluruh dunia.

 Belajar Asas Forex Percuma 


PASANGAN MATAWANG

Pada mulanya membaca mengenai pertukaran wang asing ini agak memeningkan, namun ia sebenarnya agak mudah jika anda mengingati dua perkara ini: 
  1. Matawang pertama disenaraikan adalah asas matawang dan 
  2. Nilai matawang adalah sentiasa 1.
Matawang US Dollar adalah boleh dikatakan asas sebagai pembahagi untuk matawang lain.Untuk matawang utama termasuk USD/JPY,USD/CHF dan USD/CAD.Untuk matawang ini dan kebanyakan matawang yang lain,nilai unit dia adalah dalam $1 USD per matawang dengan matawang kedua itu.Sebagai contoh,USD/JPY 120.01 bermaksud 1 USD Dollar sama dengan 120.01 Yen Jepun.

Bila US Dollar sebagai unit asas dan matawangmeningkat naik, ini bermaksud nilai Dollar telah melemahkan matawang yang lain.Jika USD/JPY sebelumnya telah meningkat kepada 123.01, nilai Dollar menjadi kukuh kerana sekarang ia boleh membeli lebih banyak Yen dari sebelumnya.

Terdapat tiga pengecualian dari peraturan untuk British pound (GBP),Australian dollar (AUD) dan Euro (EUR).Dalam kes ini,anda akan melihat sebagai contoh GBP/USD 1.4366, bermaksud satu British pound adalah sama dengan 1.4366 US Dollars.Dalam tiga pasangan matawang ini,dimana US Dollar tidak lagi menjadi kadar asas,dimana peningkatan nilai tiga matawang ini akan melemahkan matawang US Dollar,ia membenarkan mengambil lebih nilai US Dollar untuk satu Pound,Euro atau pun Australian Dollar.

Dengan kata lain,jika matawang tersebut meningkat naik,peningkatan nilai matawang itu akan kukuh dan jika matawang itu menurun,maknanya matawang itu menjadi lemah.Mata wang yang tidak terlibat dengan US Dollar dipanggil matawang silang,tapi ia tetap sama. Contoh EUR/JPY 127.95 bermakna satu Euro bersamaan dengan 127.95 Yen Jepun.

Bila anda melakukan “trading” dalam Forex, anda dapat lihat terdapat dua bahagian dimana terdapat ‘bid’ dan ‘offer’. ‘Bid’ bermaksud anda boleh melakukan jualan kepada matawang tersebut ( pada masa yang sama anda membeli matawang yang kedua).‘Ask’ pula adalah bermaksud anda boleh melakukan belian kepada matawang tersebut (pada masa yang sama anda menjual matawang kedua).

     PIP    

Belajar untuk menyukai perkataan ini, kerana inilah yang anda akan cari dalam kerjaya Forex anda.Pip adalah nilai terkecil dalam semua perbezaan matawang, jadi jika ianya bergerak keatas,sebagai contoh EUR/USD bergerak dari 1.2150 ke 1.2155,bermakna ianya bergerak sebanyak 5 pips.

LEVERAGE

“Leverage” ialah satu konsep yang mudah,Jika anda mempunyai $10,000 untuk “trade” anda, broker Forex anda akan membenarkan anda meminjam duit dari mereka jadi anda boleh “trade” dengan nilai kuantiti yang lebih besar.Mereka boleh meminjamkan kepada anda sehingga 400 kali ganda (400:1) untuk anda letak dalam “trade” anda. Kebanyakan broker Forex akan membenarkan anda antara 50:1 dan 100:1 untuk margin. Jika anda memasukkan $1,000 dan broker anda memberi dan membenarkan 100:1 margin, anda akan “trade” dalam “trading” anda sebanyak $100,000 padahal nilai sebenar anda hanya lah $1,000 sahaja.

Ini adalah amat penting kerana setiap pips adalah sama dengan nilai dalam jumlah Dollar. Bila anda “trade” $10,000, setiap pip yang bergerak adalah bernilai $1.Jika anda “trade” 10,000 nilai matawang itu,setiap pergerakkan bernilai $1.Jadi jika anda membuat belian pada 1.1445 dan menjual kembali pada harga 1.1545, anda sudah mendapat 100 x $1,atau $100. Jika anda “trade” dengan nilai $100,000,setiap pergerakan pip adalah bernilai $10 dan seterusnya.

Jenis akaun, unit & lot

Nilai untuk satu pips untung rugi adalah bergantung dengan beberapa faktor:
  1. Jenis akaun
  2. Saiz lot yang dibuka
  3. Pair yang didagangkan
Jenis AkaunUnitNilai 1 pips per lot *
Standard100,000$10
Mini10,000$1
Micro1000$0.10
Nano100$0.01
* anggaran kasar, bergantung dengan faktor di atas.

Trading platform

Trading platform adalah software yang digunakan untuk melaksanakan segala urusan dagangan Forex seperti membuat analisa dan membuka/menutup posisi. Software yang paling banyak digunakan adalah MetaTrader 4. Namun dalam perkembangan teknologi yang semakin canggih, pengguna tidak lagi terikat dengan aplikasi komputer sahaja, malahan trading boleh dilakukan dengan aplikasi mobile. Ada juga platform yang berasaskan web tanpa memerlukan apa-apa pemasangan. Anda boleh dapatkan/download semua trading platform ini secara percuma di internet.

Long/Short (Buy/Sell)

Oleh kerana pasaran Forex dua hala, ramai yang keliru dengan istilah yang digunakan.Jika Buy memang logik sebab membeli sesuatu. Tetapi bila masuk position Sell, mulalah confuse sambil garu kepala.
Eh, nak jual apa? Takde apa tiba-tiba nak jual pulak.
Sebab itu saya lebih suka dengan istilah Long dan Short. Baru nampak apa yang dijual beli. Contohnya kita Long EUR/USD, maksudnya kita beli base currency (EUR) dan jual semula ke quote currency (USD). Manakala untuk Short pula adalah sebaliknya. Kebanyakkan trading platform pada masa sekarang menggunakan Buy/Sell dalam aplikasi mereka.
  • Long = buy base / sell quote
  • Short = sell base / buy quote
Long/Short Buy/Sell, Bid/Ask forex
(Kredit gambar: http://www.caripips.com/)

Bid/Ask & Spread

Bid = Harga anda short (sell).
Ask = Harga anda long (buy). 
Nilai ask semestinya lebih tinggi dari bid.

Spread = Perbezaan Ask-Bid (caj broker kepada anda). Spread berbeza antara pair dan ditentukan oleh broker. Ada broker mengenakan spread dalam bentuk tetap (fixed) dan ada juga dalam bentuk terapung (variable/floating), sentiasa berubah-ubah setiap masa. Broker yang menggunakan pricing 4 decimal mengenakan caj dengan fixed spread. Manakala broker 5 decimal pula dengan variable spread. Lazimnya broker dengan variable spread mengenakan caj yang lebih murah. Tetapi ada juga broker yang menawarkan pilihan kedua-dua jenis spread tersebut.

Pips dan Pipettes

Pip = Nilai perubahan pada harga satu pair. Jika kita perhatikan price chart 5 decimal adalah lebih aktif, nampak perubahan yang lebih kecil pada price.
Contohnya EUR/USD:

  • 4 decimal: dari 1.3400 naik ke 1.3500 = 100 pips
  • 5 decimal: dari 1.34000 naik ke 1.35000 = 1000 pipettes

4 decimal vs 5 decimal Forex price
(Kredit gambar: http://www.caripips.com/)

Nampak tak yang 5 decimal ada lebih satu digit di belakang? Yang itu lah kita panggil pipettes (fractional pips).
1 pips = 10 pipettes

Rollover (Swap)

Forex swap rollover
(Kredit gambar: http://www.caripips.com/)

Caj yang dikenakan oleh broker sekiranya ada position yang belum ditutup dan dibawa ke hari berikutnya. Positif atau negatif swap bergantung dengan jumlah lot, jenis pair dan posisi yang dibuka. Swap positif bermaksud broker membayar kepada anda, manakala negatif pula adalah sebaliknya. Kadar swap juga berubah dari masa ke semasa. Untuk mengelakkan caj rollover, anda boleh membuka akaun Islamic (swap free).

Cara membuat untung

Contohnya price EUR/USD semasa adalah 1.3200. Esoknya anda tengok dah naik ke 1.3300. Jadi perbezaan di situ adalah 0.0100 iaitu 100 pips. Nilai inilah yang tentukan berapa jumlah anda untung atau rugi.

Dalam situasi di atas, anda menjangkakan EUR/USD akan naik. Maksudnya nilai EUR lebih mahal berbanding USD. Jadi anda membuka position Long pada 1.3200 dan close pada 1.3300, anda untung 100 pips. Jika position Short, anda akan rugi 100 pips.
Jadi berapa pula nilai untung dalam dollar? Nilai 1 pips bergantung dengan besar lot anda. Jika tadi anda long 1.0 standard lot (nilai per pips = $10). Jadi 100 pips x $10 = $1000 untung.

Jenis pasaran

Trader boleh mengambil keuntungan dalam kedua-dua jenis pasaran kerana Forex adalah pasaran dua hala.
  • Bullish Market = Harga pair yang sedang menaik secara keseluruhan.
  • Bearish Market = Harga pair yang sedang menurun secara keseluruhan.

Jenis order

Antara order yang biasa digunakan ketika trading Forex.
Market Order (Instant Execution)
Buy atau Sell pada harga semasa. Order ini anda mesti execute sendiri secara manual.

Market Order
(Kredit gambar: http://www.caripips.com/)
Pending Order

Order ini akan execute secara automatik di server (tidak perlu buka platform di pc) apabila price berada di paras yang anda tetapkan.

Pending Order
(Kredit gambar: http://www.caripips.com/)


Pending order terbahagi kepada dua:

Buy limit = Buy bawah dari harga semasa.

Sell limit = Sell atas dari harga semasa.
Take profit = Untuk letak target.
Buy stop = Buy atas dari harga semasa.
Sell stop = Sell bawah dari harga semasa.
Stop loss = Untuk hadkan kerugian. Contohnya anda buy EUR/USD pada 1.3500 dengan stop loss pada 1.3400 (100 pips). Kemudiannya EUR/USD turun ke 1.3400. Jadi trade anda telah ditutup secara automatik dan loss 100 pips.

Trailing stop = Untuk melindungi keuntungan anda. Order ini dilaksanakan oleh trading platform, oleh itu ia perlulah dibuka (run) pada masa tersebut.


Trailing stop
(Kredit gambar: http://www.caripips.com/)

Contohnya anda sell EUR/USD pada 1.3500 dan anda set trailing stop 50 pips. Kemudian EUR/USD jatuh ke paras 1.3400. Stop anda sekarang mesti dah beralih ke 1.3450. Selepas itu EUR/USD jatuh lagi ke 1.3350. Jadi sekarang stop dah beralih ke 1.3400. Trailing stop ini execute secara automatik setiap 50 pips atau lebih. Katakan EUR/USD naik semula ke 1.3400, jadi trade anda akan ditutup oleh kerana ada stop di 1.3400 tadi. Keseluruhannya anda untung 100 pips sahaja (1.3500-1.3400) walaupun sebelum ia ditutup tadi telah mencecah 150 pips (1.3500-1.3350).

Jenis analisis

Tujuan kita membuat analisis adalah untuk menjangkaan hala tuju pair yang kita dagangkan, sama ada akan naik atau turun. Untuk menjadi trader yang berjaya, anda mesti fahamkan kedua-duanya sekali sebab saling berkaitan.Analisis Teknikal (TA) = Analisis yang dibuat berdasarkan graf matawang pada trading platform.Analisis Fundamental (FA) = Kajian tentang perubahan dalam ekonomi, politik dan sosial yang mempengaruhi nilai matawang.




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Cara belajar forex trading untuk pemula