Pelajari tentang forex disini,dan ketahui apa sebenarnya forex itu
http://itabletz.blogspot.com/ |
Apa itu sebenarnya Forex
Ok apa itu forex sebenarnya?forex adalah singkatan kepada foreign exchange atau dlm bahasa melayunya pertukaran matawang asing.Ia juga biasanya disebut dalam singkatan fx dan digandingkan secara berpasangan sebagai contoh GBP/JPY
Didalam kaunter pasaran adalah sebuat tempat dimana pembeli dan penjual menjalankan urus niaga pertukaran asing.Pasaran Forex adalah berguna kerana ia membantu dan membolehkan berlakunta perdagangan dan urusniaga diantara negara-negara lain,dan ianya juga memberikan peluang pelaburan kepada risiko mencari pelabur yang tidak keberatan terlibat dalam spekulasi.
Iklan:Trade forex dengan Maybank Forex KE
Individu yang berdagang didalam pasaran Forex biasanya akan melihat dengan teliti pada keadaan ekonomi dan politik bagi sebuah negara,kerana faktor-faktor ini boleh mempengaruhi arah mata wangnya.
Bagaimana cara menjalankan trading forex bagi individu biasa seperti kita
Kebanyakan trader forex malaysia mengunakan platform metatrader yang disediakan oleh brokey yang mereka gunakan.(klik link forex malasia diatas untuk melihat senarai broker dimalasia).Untuk memudahkan pemahaman anda tentang cara melakukan trade forex sila lihat video dibawah ini.
Dibawah ini adalah istilah-istilah yang digunakan didalam forex trading.
- Ask Price (offer) dalam forex – harga di mana pelanggan atau trader boleh ‘BUY’ pada currency pair tertentu dan harga tersebut juga adalah harga broker forex boleh jual.
- Maksud Base Currency dalam forex - matawang pertama di dalam sesebuah pair. Contohnya dalam EUR/USD, EUR adalah base currency.
- Maksud Bear Market dalam forex - definisi pada waktu tertentu yang mana harga sedang jatuh
- Maksud Bull Market dalam forex - definisi pada waktu tertentu yang mana harga sedang naik
- Maksud Bid Price dalam forex - harga di mana trader boleh ‘SELL’ pada currency pair tertentu dan broker boleh beli.
- Maksud Conversion Rate dalam forex - kadar harga sesuatu matawang yang akan ditukar kepada matawang lain.
- Maksud Currency Pair dalam forex - dua matawang diletakkan secara berpasangan dan menunjukkan nilai matawang kedua berdasarkan matawang pertama. Contohnya EUR/USD pada harga 1.2510 bermaksud 1 Euro bersamaan USD 1.2510
- Maksud EA (expert advisor) dalam forex - software di mana digunakan bersama MT4 platform yang akan menjalankan trading secara automatik berdasarkan script yang telah diprogramkan. Dengan menggunakan EA, hanya perlukan sedikit trading manual atau mungkin tidak perlukan langsung.
- Maksud Leverage dalam forex - leverage membolehkan trader forex meningkatkan keupayaan trading dan menggunakan volume trading yang besar untuk trading. Contohnya dengan leverage 1:100 dan trader deposit USD100, ini bermakna kekuatan modal tersebut meningkat seolah-olah trader trade dengan modal USD10,000.
- Maksud Lot didalam forex - jumlah unit volume trading. 1 lot bersamaan 100,000 units.
- Maksud Margin dalam forex - nilai yang diperlukan untuk membuka posisi tertentu.
- Maksud Pip dalam forex - jumlah pergerakan pada harga pair tertentu. Contoh, jika EUR/USD bergerak dari 1.5000 ke 1.5500, ini bermakna harga telah bergerak 500 pip.
- Maksud Swap/Roll Over dalam forex - swap adalah cas yang dikenakan oleh broker forex jika posisi trading dibuka dan dibiarkan melepasi hari trading lain . Untuk mengelakkan dikenakan cas swap, anda boleh request Islamik Akaun Forex yang tidak dikenakan cas swap (Swap Free)
- Maksud Scalping dalam forex - gelaran/terma yang digunakan jika trader membuka dan tutup posisi trading pada kadar yang pendek seperti kurang 5 minit.
- Maksud Swing dalam forex - gelaran/terma yang digunakan jika trader membiarkan posisi trading lama terbuka sehingga 2-3 hari lebih kurang.
Adakah trade forex ini boleh buat duit yang banyak?
Buat duit dengan forex adalah benar dan rugi dengan forex juga ada kebenarannya. Ia terpulang kepada pemain forex itu sendiri untuk membenar atau menidakkannya, kerana merekalah yang mengalaminya samada untung mahupun rugi. Setakat ini tidak ada bukti yang sebenar-benarnya bukti tentang trader yang memang betul buat duit dalam forex. Walaupun begitu kita tidak boleh katakan yang permainan forex ini merugikan, kalau tidak masakan sesetengah trader bermain forex hingga bertahun-tahun lamanya dan mereka memang mencari makan dengan berforex.
Bagi saya, seorang trader yang berdisiplin, berhemah, bersistem, modal melebihi mencukupi dan berkepecayaan tinggi dengan apa yang dilakukannya adalah mereka yang mampu meraih keuntungan dengan berforex. Bagi mereka yang berforex secara tangkap muat juga akan kecundang. Orang yang gagal dalam forex adalah orang yang gagal dari mula lagi.
Orang yang bermotivasi rendah dan banyak bersikap negative tidak layak bermain forex, forex hanya untuk orang yang kental mental dan tinggi mentalitinya. Percayalah segala pekerjaan yang ingin kita lakukan bermula dengan sikap. Untuk berkecimpung dalam forex seseorang itu mestilah ada sikap bersungguh-sungguh. Orang yang bersungguh-sungguh akan nampak masa depannya.
Ciri-ciri pemain forex yang akan berjaya
- Berhemah & berdisiplin - Mengikut segala perancangan yang telah dibuat dengan penuh disiplin.
- Bersistem - Sistem yang telah diuji kemantapannya. Sistem yang dapat memberi melebihi 95% ketepatan hala tuju harga. Melebihi 90% dari semua trading, contoh nya dari 10 trade hanya 1 atau 2 yang merugikan.
- Modal melebihi daripada mencukupi - Dalam urusniaga forex, modal memainkan peranan penting. Modal besar dan bermain kecil adalah strategi utama dalam urusniaga forex untuk dapat ' sustaning power' yang betul-betul kuat. Janganlah berlagak 'Hero' dalam permainan forex.
- Percaya pada diri sendiri - Jika segala-galanya cukup untuk membuat trade, jangan teragak-agak untuk melaksanakan apa yang telah dirancangkan dan kemudian berserahlah kepada Allah.
Hukum forex dalam islam
Banyak pencangahan pendapat tentang perniagaan forex ini sebenarnya,ada ulama yang mengatakannya tidak boleh,tetapi ada juga yang mengatakan ianya boleh dijalankan.Dibawah ini adalah video pendapat yang membolehkan dari beberapa sumber tentang forex itu sendiri.
Video dibawah ini adalah dari Ustaz Ahmad Dasuri dimana beliau pernah menjadi panel bagi Rancangan TV9 Tanyalah Ustaz dan beliau juga tahu akan selok belok dalam urusniaga forex trading online ini,terutamanya tentang perkara yang melibatkan margin, leverage,pegangan akaun dalam matawang US Dollar.Beliau juga aktif mengupas isu-isu tentang pasarang kewangan Malaysia seperti Hukum ASB, ASN, pelaburan dan lain-lain.ikuti video beliau dibawah...
kredit: http://www.moshedfx.com
Kesimpulan
Jika kita betul-betul yakin forex trading ini halal maka kita boleh trade,dan jika kita merasa ianya betul-betul haram,kita tinggalkannya sebab ianya adalah kekhilafan oleh para ulama. Ulama dari negara jiran menetapkan harus,mufti di sini menetapkan harus,majlis fatwa menetapkan haram dan pelbagai lagi.Jika kita yakin dan tahu apa yang kita dagangkan dengan ilmu dan tidak berjudi, ia menjadi harus, inshaALLAH kita cari yang halal dan kita tidak berjudi.