Gerbang Ilmu Perniagaan Forex Anda

Teknik Scalping H1M5 Dengan Chart Kosong Sahaja

 Strategi Scalping H1M5 Naked Chart

Ada beberapa kawan pm minta saya kongsi teknik scalping cara saya. Sebenarnya mmg byk kaedah untuk scalp. Terpulang pada cara masing-masing. Paling penting konsisten profit.

Ini salah satu strategi kalau saya nak scalp. Walaupun jarang scalp, tapi alhamdulillah, ramai student saya sebelum ni masih gunakan strategi ini dan kekal konsisten. Simple je.Kalau boleh follow market baru lebih mantap. Lawan market pun boleh, asal hati kental.

H1M5 nacked chart scalp ni lebih kepada scalp setiap jam. Maksudnya, setiap candle H1 complete, position perlu close. Lepas tu buat setup baru setiap H1 dah complete. Ulang2 setiap jam.

Tiada had masa bila perlu scalp guna teknik ni. Basic SOP seperti dibawah:

1. Pada TF H1, marking Higher & Lower candle H1 sebelum yang sudah complete dimana new H1 baru open. Kalau boleh marking tepat mengikut bacaan broker masing2. 

2. Then terus tukar ke TF M5 untuk cari peluang entry.

3. Pada TF M5, monitor price M5, selagi tiada candle m5 yang breakout zone Hi&Lo H1, no entry please. 

4. Potensi Buy:

Potensi buy teknik scalping h1m5

Candle M5 breakout n close above higher H1,signal buy, dan tunggu price M5 pullback masuk zone untuk execute position buy. 

5. Potensi Sell:

Teknik scalping h1m5 sop sell

Candle M5 breakout n close bawah  lower H1 sebelum tadi, itu adalah signal sell, dan tunggu price M5 pullback masuk zone untuk execute position sell.

6. Position boleh close bila  H1 semasa complete dan selepas itu buat step yang sama untuk scalp pada  H1 seterusnya.

Dalam pembentukkan candle H4, ada 4 candle H1. Boleh ambil peluang scalp dgn strategi ini

Chart dibawah sebagai contoh. Boleh cuba buat latihan, backtest untuk mantapkan skill ini. Jangan hafal tapi mesti pahamkan. 



Kalau nak scap jam 9am, marking H1 yang 8am sebagai panduan. Kalau nak scalp ja 2pm, marking cande H1 yang sudah compete jam 1pm. Kalau nak scalp jam 10mlm, marking H1 yg telah complete pada jam 9mlm. Lebih kurang mcm ni lah... 

Kalau price berlaku impulsive move, H1M5 ni mmg terlalu sedap untuk scalp, silap2 boleh hold jadi swing haha. Dah biasa buat. Semoga Bermanfaat.






Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Teknik Scalping H1M5 Dengan Chart Kosong Sahaja