Gerbang Ilmu Perniagaan Forex Anda

Strategi forex profit konsisten

#1 Strategi Trading Forex Tanpa Indikator Yang Mampu Memberikan Profit Konsisten!

DISCLAIMER: Penulis tidak pernah mengunakan teknik ini,penulis hanya berkongsi teknik dan strategi forex ini disini bagi membantu para trader lain untuk mempelajarinya.

Strategi forex
Salam semua..kali ini saya ingin berkongsi kepada anda satu strategi forex yang sememangnya menarik untuk anda gunakan dan membuat duit dengan trading forex secara konsisten.Teknik ini kalau dulunya memang popular dikalangan trader forex di malaysia.Sekarang dah kurang dah orang nak gunakannya..dengan kata lain kurang popular dah.

Tapi apa pun saya akan berkongsi juga kepada anda semua mungkin nanti anda dikalangan pembaca itabletz berjaya dengan strategi trade forex ini..ok,the true is strategi ini sebenarnya adalah scalping di time frame 15 minit.

Tapi istimewannya teknik ini ianya tidak mengunakan indikator lansung(macam teknik filter bezanya yang ni tak perlu kire-kire),kalau siapa yang dah belajar teknik filter memang tak minat dah nak cuba strategi ini hihihi..ok kita sambung balik pasal strategi ini.

Strategi ini hanya perlu melakukan marking pada candle tertentu sahaja untuk mencari point entry pada setiap sesi trading,selepas selesai marking tunggu price bertindak pada area kita marking tu dan jika ianya mengikuti dengan rules yang ditetapkan maka kita akan buka entry.(opss ni bukan trade bank yer)..Ok habis dah mukadimah dia,sekarang izinkan saya perkenalkan strategi atau teknik forex ini.

Perkenalkan Teknik Forex King Scalper

Inilah dia teknik atau pun strategi forex yang boleh memberikan profit secara konsisten..yer loss memang tetap ada tapi kalau satu-satu teknik itu boleh memberikan jumlah win yang banyak berbanding loss ianya sudah dikira baik.So tanpa melengahkan masa saya letak kan panduan strategi ini terus didalam post blog ini..semoga anda semua mendapat manfaat darinya.

Teknik scalping dari King Scalper


Buat pertama kalinya,saya ingin memperkenalkan & berkongsi kepada anda semua Teknik King saya kepada semua trader-trader diforum carigold ini.Teknik scalping ini saya tidak ciplak atau copy di mana-mana,sebab ini adalah hasil dari penelitian saya sendiri didalam forex ini sejak terjerumusnya saya pada beberapa tahun lepas.Jadi,kalau ada siapa yang cakap kita kena harapkan orang luar untuk cipta teknik power kita orang Malaysia pun boleh.

Trade forex dengan maybank forex singapore

Nak jadi kaya lepas ni?Nak withdraw tiap-tiap minggu?ok no problem jom kita suruh broker kita pula DEPOSIT selalu.Ini adalah teknik scalping paling power yang anda bakal Jumpa dan pelajari.Teknik Scalping no ichiban dalam dunia,siapa cakap? saya cakap sendiri,kalau anda tidak percaya,cubalah nanti atau,siapa-siapa yang ada teknik scalping yang hasilnya lebih bagus dari teknik King Scalper ni,silalah bagitau saya,saya nak test sendiri hehe.

Apa itu forex? ketahuinya disini

Dengan strategi KS ini anda boleh melakukan trading secara scalp hingga 10 atau 15 kali sehari jika (mengikut kemampuan anda).Dengan setiap TP adalah dari range 10 dan 15 pips mengikut market zone dan dengan wining ratio yang mencecah 70% - 80%.Trade Loss mestilah dan sememangnya tetap ada,jadi anda harus akur kerana itu sememangnya lumrahdidalam  trading forex ini.Walaupun begitu,dengan winning ratio tersebut,loss trade pun anda masih lagi mampu tersenyum sebab kesudahanya You Are The Winner juga.King Scalper ini muncul setelah saya sudah hampir fed up,frust dengan perniagaan Forex dicampur lagi dengan segala macam semua indicator yang ada.Dan setelah berapa banyak duit yang telah dihabiskan,dan ketika saat saya rasa forex ini memang bukan jalan untuk saya sinar pun menjelma..

Rezeki Dari Allah S.W.T

Tuhan itu Maha Kaya lagi Maha Mengetahui,saya iberi akal untuk berfikir dan ketika itulah terlahirnya Teknik scalping ini.Daripada LOSS yang memanjang,kemudian ianya berubah From Zero To Hero.Saya sudah menggunakan teknik ini sejak lebih dari setahun bersama dengan Teknik King Swinger.Tetapi teknik swinger itu tidak bolehlah saya kongsi dan tunjuk sini.Sebelum ke teknik saya ini,biar saya membebel sedikitttt lagi yer lagi pun ini juga untuk kebaikan trader semua.Untuk menjadi forex trader yang berjaya dan lagi kaya setaraf dengan pro trader malaysia yang lain,kita kena tahu bahawa kita ini trader dari kategori apa,Adakah kita trader scalper? Atau kita ini jenis swing trader?Anda tahu anda trader jenis aper?

Jawapan yang tepat adalah,anda perlu variety atau pelbagaikan & perlu menjadi kedua-dua jenis trader tersebut.Anda perlu swing untuk mendapat pips yang lebih banyak,dan anda jugs harus melakukan trade secara scalping bagi mengisi masa yang terluang dikala menunggu setup entry pos swing anda yang sesuai(jika anda ini full trader la).Kalau tidak,swing trader akan menjadi boring ketika menunggu setup entry dan emosi terganggu atau dengan kata lain gatal tangan nak tekan butang buy/sell.

Tapi trader scalper pulak asyik dengki sebab trader swinger ini selalu dapat keuntungan pips yang lebih banyak dari mereka.Kesimpulannya,anda juga perlu jadi dan mahir untuk kedua-dua kategori jenis trader ini.Last Money Management,anda wajib dan memang kena jaga ini,kalau yang ini gagal bagi teknik apa sekalipun anda akan tetap gagal.

Sekarang jom kita berkenalan dengan Teknik King Scalper

teknik king 1
teknik king 2
teknik scalping ally
teknik king scalper 2015
setup teknik king

Langkah-Langkah Melakukan Trade Dengan Strategi ini:

  • Menggunakan TF 15 semua pair yang spread 3 pips ke bawah adalah sesuai tetapi highly recommended trade di pair GU(update dari saya eur/jpy juga sesuai)
  • Tidak menggunakan sebarang indicator naked chart
  • Marking bar adalah CS pertama untuk setiap jam ambil hi-low price MB,dan gariskan guna horizontal line.
  • Tunggu sehingga ada price melepasi hi-line atau low-line...Lepas 1 pips saja, terus open position… ( +spread 3 pips )
  • Set kan terus TP dan SL…TP adalah mengikut time zone antara 10-15 pips mesti follow dan tolong jangan tamak.SL pula sentiasa 15,ini juga andamesti follow.
  • Sekiranya anda terlepas price dalam 2-3 pips masih boleh open position lagi dengan mengekalkan jumlah TP & SL yang sama dan jika anda tertinggal jauh,tunggu next hour pula dan cari marking baru.
  • Teknik ini mengharapkan akan TP setiap jam tetapi sekiranya post anda tidak hit TP, anda kena tunggu ke jam seterusnya sehinggalah pos yang dibuka tadi hit TP.
  • Boleh buat Pending Order kalau sempat,tapi biasakan diri anda dengan melakukan entry secara manual.
  • Jangan entry terlalu cepat sebelum price break hi-line atau low-line marking.
  • Anda boleh scalping bila-bila masa sahaja,tapi sebolehnya biarlah ianya lebih dari 3 kali untuk melihat ratio yang lebih tepat.
  • Kalau ada trade yang loss anda perlu terima hakikat yang bahawanya anda loss untuk entry tu,just move on.
  • Belatihlah selalu,kerana dengan latihan ianya akan jadi sempurna.
  • Withdraw tiap-tiap minggu.Kalau ada yang terlupa, nanti saya tambah…
  • Teknik King Scalper memang Ichiban & power,tapi jika ianya digabungkan dengan Teknik swing scalper pasti lebih masyuk.

Contoh Entry Untuk Strategi Scalp

Dibawah ini adalah gambar-gambar contoh entry,TP dan SL untuk setiap sesi yang dilakukan dengan teknik scalping ini.
contoh entry
contoh entry 2
contoh entry 3
FAQ Teknik Scalping King

Q: Macam mana dengan keadaan news keluar? main langgar saja ke? 
A: teknik ini,tak kira kira time news langgar je bos..

Q: Macam mana kalau MB itu terlalu panjang? 
A: Kalau MB terlalu panjang,dan hi line & low line tidak dibreak untuk jam tersebut,maknanya,anda kena pindah ke next MB pada 1 hour berikutnya,maknanya untuk jam MB panjang tu,tiadalah peluang untuk trade scalping,jarang terjadi,kadang-kadang sahaja.

Q: MB itu adakah CS timeframe 1hour?then baru pergi ke timeframe 15M? 
A: MB based on CS 15 sahaja.

Q: Dimana nak mula MB itu dalam TF 15? 
A: Mula pada pengiraan awal jam cth 00:00,01:00,02:00 dan seterusnya.Setiap jam mempunyai marking bar.tapi trade tetap di timeframe 15M.

Q: Pengiraan marking bar bermula jam baru kan?kalau mahu setiap 15 minit boleh tak?
A: Ini jawapan saya yang tepat,buat marking bila bermulanya jam baru sahaja dan bukanya minit

Q: Contoh buy order sudah trigger selepas Marking Bar,pastu entry tersebut tidak hit TP dan SL sampailah sejam,kemudian muncul MB baru,order yg lama nak delete atau buleh terus buka order baru? 
A: Kalau entry tidak hit TP,anda tidak perlu tunggu masuk jam baru,maknanya marking bar pada jam baru nanti kita hiraukan,hanya tunggu entry yang terbuka sebelm ini hit TP,kalau market slow seperti diawal pagi kadang-kadang 2 jam baru TP.

Q: MB itu rasanya permulaan candle baru untuk setiap 1 jam kan.Dalam 1 jam ada 4 candle timeframe 15 minit...kalau guna Marking Bar itu untuk setiap cs 15 minit boleh tak?
A: Tidak boleh,nanti tidak sempat untuk hit TP kalau market bergerak perlahan.Memang dah sudah lama mencubanya,CS pertama setiap jam sahaja menjadi MB.Dan memang profitable,nanti terlalu banyak plak entry scalping kalau tiap CS 15 jadik MBmau dekat seratus kali scalp tu...dan akan banyak false entry.

Q: Tuan kata bila price dah lepas 1 pip H line or L line kita boleh buka terus entry,apakah boleh buat PO terus? 
A: PO boleh buat kalau MB tu panjang,saya banyak manual sahaja,sebab tak sempat nak buat PO ni.cuma kadang-kadang bila price di area hi line atau dekat low line itu saya buat PO.

Q: kalau MB ada shadow yg panjang senang nak PO,kalau pendek sangat atau tiada langsung memang pakai terjun masuk je ke? 
A: Betul tu

Q: Bro...kalau jam tu tak hit TP atau SL nak biarkan ker? ker nak tambahkan pos baru untuk jam berikutnya? 
A: Biarkan sehingga masuk ke jam berikutnya sehinggalah kena TP atau SL.contoh kalau MB kol 8 tu belum TP area pukul 8,dan ianya telah langkau ke pukul 9 lebih baru TP.Maka MB pukul 9 tu jangan pakai dah,relax kejap,buat air tongkat ali ker.MB kol 10 baru masuk balik.Tak payah tambah atau nak modified kalau peringkat mula-mula belajar teknik ini..takut tidak terbiasa nanti.

Testimoni: Satu hari ada maximun 24 jam dan 24 entry post boleh dibuka jika keadaan cantik,kalau winning ratio pula adalah 80% dan set TP serta SL adalah 15pips,maknanya sehari itu anda boleh dapat lebih kurang 288s pip dan -72 pip so total untuk satu hari itu bersamaan 288 pips - 72 loss pips = 216 pips bersih.Kena pula 1 pip dengan lot 1usd..masyuk..

Q: Nak tanya bro,teknik ni sesuai tak utk 2 pair ni : eur/usd - 2 pip spread & eur/jpy - 3 pip spread.
A: semua pair sebenarnya..tapi yang laju lah mcm GU…GU setakat ni yang terbaik, dengan winning ratio tinggi…

Q: bro...nk tanya…so bila price break jer terus masuk lah ek… A: kalau MB kol 3:00 am, dia habis kol 3;15…buat hi-low line...kalau price jauh, boleh PO...kalo dekat, lintas 1 pips jek tekan bos…

Q: ada soalan ni lupa nak tanya, kalau MB sebelom ni blom TP/SL, bole OP/PO untuk MB seterusnya ka? 
A: Makan kacang dulu bos..hihi...Pair lain boleh lah test tengok macamana…Semua boleh pakai…Tapi GU tetap di hati…

Testimoi: Teknik King Scalper ini Teknik Paling Safe kalau nak main forex…No hedging...sakit kepala…No floating...sakit kepala…No news efek...sakit kepala…No indi...sakit kepala…Banyakkan scalp setiap hari…dan tengok ratio...winning more than losing…

Q: Kalau tak hit tp/sl, kita biar jela utk mgu depan lak ye? tapi logik gak...sebab sl/tp dah ada...ades...newbies ruponya den ni…jangan marah ye sifu. 
A: Teknik ni simple sahaja,kalau jam biasa,tak hit TP,carry on sampai TP.Kalau macam sekarang ni,market hendak close,nak carry on pun boleh,nak close pun boleh.Kalau FTT,boleh buat 10-15 trade sehari kalau larat,kalau ada rebate,lagi syok scalping.

Q: Huhuhu tuh sifu dah kata betul,bukan rezeki aku la bro,tapi demo je tadi,aku masuk dkt 1.4904,SL dekat 1.4886,TP dekat 1.4910 betul dah ke? 
A: ikut teknik ini pips atas hi line terus masuk position buy tadi,price dapat termasuk spread tu,+15 SL/TP.Kalau lambat masuk,tetinggal bus 2,3 pips kurangkan TP itu sahaja.

Nota:

  • MB - Marking Bar
  • CS - Candle stick
  • TF - Timeframe

Tonton Video Strategi Scalping Bagi Yang Belum Mengenalinya




Related:




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Strategi forex profit konsisten