Gerbang Ilmu Perniagaan Forex Anda

Analisa forex harian terkini 2015

Selamat datang ke ruangan analisa forex itabletz.Disini anda dapat melihat analisa-analisa forex dari segi fundamental dan teknikal untuk 3 matawang utama ini.Fahami analisa untuk matawang yang anda kehendaki.Untuk analisa teknikal harian dibawah,sila letakan 100% kepada result yang ditunjukan.Sila gabungkan dengan pemahaman anda bersama strategi yang anda sering gunakan.

Analisis teknikal menggunakan chart atau graf harga dan tidak mementingkan keadaaan sebenar syarikat berkenaan seperti untung rugi, jumlah jualan, aset, liabiliti dan lain-lain. Teknik ini amat digemari oleh golongan muda dan mereka yang berstatus active trader, daily trader dan speculator.


Analisa teknikal forex harian





Apa itu analisa fundamental forex



Anda sepatutnya sudah pun mengetahui tentang beberapa perkara asas ekonomi dan asas asas yang menjadi yang memberi kesan pergerakan kepada mata wang.Perkara yang paling penting yang perlu diambil disini ialah bahawa mata wang negara lain,seperti syarikat-syarikat besar,sentiasa dan secara berterusan mengubah nilai matawang berdasarkan faktor-faktor asas seperti pertumbuhan ekonomi dan kadar faedah.Anda juga perlu memahami berdasarkan teori ekonomi dibawah(akan diterangkang) bagi mendapat gambaran bagaimana faktor-faktor ekonomi tertentu memberi kesan kepada mata wang sesebuah negara.

analisa fundermental forex
Fundamental Analisis adalah satu kajian berdasarkan beberapa faktor untuk menilai ‘Harga Sebenar’ sesuatu saham berdasarkan 'Law Supply dan Demand'.Kajiannya juga merangkumi analisa akaun syarikat untuk melihat pertumbuhan atau penyusutan berbanding tahun sebelumnya.Hasil dari pendapatan bersih dan formula berkaitan akan menghasilkan nilai sesuatu saham itu berada pada nilainya atau tidak.Melaluinya juga hanya saham syarikat yang berkualiti dan untung mampu memberikan anda pulangan dalam bentuk dividen. 

Jika harga saham itu dibawah nilai sebenar dari pasaran (Undervalue) harga dijangka akan naik. Manakala jika harga sesuatu saham lebih tinggi dari nilai sebenar,maka harga dikira sudah mahal dan dijangka harga akan turun. Analisa fundamental mengkaji sebab sesuatu harga itu bergerak naik. Berita fundamental banyak dikeluarkan oleh ‘Reseach Fund Houses’ dan juga pakar Analisis.Mereka biasaya akan memberikan kesimpulan sesuatu saham itu 'Neutral','Buy' atau 'Sell' dengan 'Target' harganya sekali.

Analisa ini tertumpu kepada analisa mengikut kaedah top down seperti melihat keadaan makro ekonomi semasa dan kaedah bottom up iaitu melihat prestasi syarikat berkenaan dari sudut untung rugi, jumlah jualan, nilai aset dan liabiliti, jenis perniagaan, jenama, dan lain-lain. Kaedah ini tidak menumpukan kepada pergerakan harga saham semata-mata, tetapi lebih detail dan terperinci.

Analisa yang lengkap membuatkan anda terasa seperti syarikat tersebut kepunyaan anda dan turut serta dalam perniagaan tersebut. Anda kenal siapa CEO syarikat berkenaan, latar belakang majority shareholders, situasi kewangan syarikat sehinggalah anda dapat detect masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat tersebut. Kaedah ini adalah lebih bersifat jangka panjang dan mereka yang menggunakan kaedah ini tidak melakukan transaksi jual beli secara aktif.


p/s: jika anda ingin membaca analisa fundamental yang terkini anda boleh gunakan laman Fxstreet.Disana analisa-analisa fundamental yang terkini dikeluarkan setiap hari.

Kedua-dua cara analisa ini(teknikal dan fundermental) mempunyai pro & contra-nya tersendiri.Terpulang kepada anda untuk memilih kaedah mana yang lebih sesuai dengan jiwa anda.Ada orang lebih suka melihat carta setiap hari tetapi dalam masa yang sama ada juga orang yang akan naik pening sekiranya berada di hadapan komputer asyik menghadap carta saham setiap hari.Sebagai contoh,pengamal TA berpendapat bahawa teknik ini lebih mencabar emosi dan lebih cepat pulangan yang diterima berbanding dengan FA.

Manakala ada juga yang seronok membaca laporan tahunan sesebuah syarikat kerana katanya dengan membaca laporan tersebut,dia merasakan seolah-olah sedang “mengembara” bersama syarikat tersebut sejak dari awal penubuhan syarikat sehingga sekarang. Dapat merasa jatuh bangun syarikat tersebut.

Sebagai contoh,anda sedang mengira prestasi syarikat untuk 10 tahun.Kalau untuk kiraan mudah, anda ambil sahaja nilai keuntungan untuk tahun pertama dan tahun terakhir dan lihat perkembangannya.Jadi,anda tahu dalam masa 10 tahun ini apakah situasi syarikat tersebut.Adakah untung atau rugi? Itu cara paling senang.

Cara yang lebih baik adalah membuat analisa setiap tahun dan anda akan nampak perkembangan syarikat tersebut dari tahun ke tahun.Contohnya Air Asia. Dari awal penubuhannya sehingga 2007,syarikat menunjukkan perkembangan yang positif. Tetapi pada tahun 2007,cashflow statement syarikat ini menunjukkan angka negatif dan amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.Di sini anda akan mengkaji dengan lebih teliti dan anda akan dapati bahawa pada tahun ini Air Asia sedang melalui fasa growth yang pesat pada tahun tersebut.